hanya aku sayang mu
tetapi kenapa sekarang
kau bersama dengan dia
yang pernah sakiti hatimu dahulu
adakah kerana dia masih kau sayang
dan aku ini hanya sementara didalam hatimu..
terima kasih kerna menyayangiku
walaupun sementara waktu sahaja
Dan mengajar aku apa itu erti sayang cinta dan rindu
yang telah kau curahkan kepada ku..
cuma aku hendak bagitahu datanglah kembali kepadaku
jika kau kecewa bersama dia kembali
dan jika waktu itu aku masih lagi sendiri..
kerna aku masih lagi menyayangimu
hinggaku dapat pengantimu yang lain
yang dapat mengubati hatiku
dan dapat menyayangiku lebih darimu
jika aku dapat pengantimu lupakanlah aku
agar aku dapat bahagia yang selama ini aku idamkan..