Friday, 28 September 2012

9 K

Kasih Sayang,
kasih sayang mu tiada bandingan yang
 hanya kepada Allah dan mu berserah kepada nya,
kasih sayangmu kepada kedua-dua orang tuamu 
dan juga kepada bakal mentuamu,
kasih sayangmu kepada insan yang akan sentiasa
berada didalam hatimu setiap masa dan saat iatu halal bagimu ISTERI...

Keperibadian,
peribadi yang boleh memberi kita
 kepada kebaikkan,
peribadi yang juga boleh memberi kepercayaan 
untuk menjaga kita dengan baik,
peribadi ini boleh menunjukkn dia insan
yang bagaimana dan ditafsir kan dengan mudah....

Kehormatan,
hormat kepada insan yang telah menjaga nya 
dan kepada insan yang dia sayangi,
hormat kepada insan yang akan dia 
jadikan halal baginya iaitu ISTERI kerana maruah nya
perlu dijaga pabila sudah halal dan juga kedua-dua insan yang dia sayangi..

Kesetiaan,
setia yang kuharapkan darimu 
adalah hanya ku seorang yang kau syg tiada
kedua dan tiada selepasku,
setia yang ku harapkan darimu adalah setia 
dalam apa sahaja keadaan dan berterus terang...

Kecintaan,
cinta yangkuharapkan bukan hanya
 kau cintakan ku tetapi ku berharap juga
 kau cintakan kedua ibu bapaku kedua ibu bapamu,
cinta yang ku berharap juga agar
 kau cintalah kepada Yang Maha Esa,
cinta yang ku harapkan juga agar kau juga 
mencintai kedua-dua keluarga yang akan kau tanggung...

Kesungguhan,
kesungguhan mu yang ku harapkan
 adalah kesungguhanmu untuk mendapatkanku
 untukmu agar ku tidak dilukai olehmu,
kesungguhanmu yang ku mahu adalah darimu 
untuk keluargaku untuk mereka tahu bahawa 
kau sayangiku sepenuh hatimu....

Kejujuran,
jujur yang kumahu adalah jujur 
kepada dirimu sendiri untuk tidak menipu
insan yang kau sayangi,
jujur juga ku mahu darimu untuk mencintai 
hatiku agar ku tahu kau jujur untuk mencintaiku
dan tidak untuk orang lain yang hendakkanmu,
ku juga mahu kau buktikan kujujuran yang
bagaimana hendak kau berikan kepadaku.....

Keikhlasan,
keikhlasan hatimu menerimaku 
seadanya terhadap dirimu dan keluargamu juga,
keikhlasan hatimu menerima hatiku sepenuh hatimu
agar kita sefahaman untuk sampai bila-bila dan 
menyayangi sepenuh hati kita antara satu sama lain...

Keimanan,
keimanan yang kuharapkan darimu
adalah imanmu terhadap Yang Esa,
iman yang dapat membimbingku kejalan
yang diredhai olehNya,
iman yang ku harapkan darimu adalah
 keiman dirimu yang kental dari apa jua
 keadaan sama ada susah dan senang...

No comments:

Post a Comment